Microsoft 365 pelan Basic diperkenal pada harga RM9/bulan, tapi jangan teruja sangat

Digital
12 Jan 2023 • 3:42 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Microsoft telah mengumumkan yang mereka ingin menjadikan Microsoft 365 lebih mampu milik. Menerusi kenyataan media terbaharu, mereka akan memperkenalkan pelan langganan baharu iaitu Microsoft 365 Basic yang akan mula ditawarkan 30 Januari 2023 ini.

Apabila mula ditawarkan harganya adalah RM90/tahun ataupun RM9/bulan. Apa yang anda dapat dengan langganan Microsoft 365 Basic?

Pertama sekali anda terima storan OneDrive seluas 100GB. Kemudian, anda juga boleh mewujudkan personal Vault untuk melindungi tiga fail anda disebalik kekunci pengesahan untuk diakses.

Disebabkan saya kata jangan teruja sangat adalah, sebenarnya Microsoft 365 Basic adalah penjenamaan semula OneDrive Standalone 100GB sahaja dengan pertambahan beberapa ciri keselamatan baharu. Janganlah pula anda ingat anda beroleh akses Microsoft Office yang pebagai tadi.

Sekiranya anda ingin menggunakan solusi Office, anda masih perlu melanggan sama ada Microsoft 365 Family ataupun Microsoft 365 Personal yang ditawarkan pada harga bermula RM219, ataupun gunakan Microsoft 365 versi web yang ada ciri-ciri terhad secara percuma.

Kalau cuma dapat storan 100GB, lebih baik saya langgan Google One yang berikan storan 100GB pada harga cuma RM84.99 dan saya beroleh fungsi tambahan pada Google Photo dan lebih baik, saya boleh berkongsi dengan 5 akaun lain.

image is not available

Sumber: Microsoft