Microsoft Agent 365 Dilancarkan Untuk Majikan Menguruskan Kakitangan AI

TechnologyBusiness & Finance
19 Nov 2025 • 10:31 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Penggunaan kecerdasan buatan (AI) telahpun menyebabkan ribuan manusia kehilangan kerja khususnya di syarikat teknologi utama. Kerja-kerja yang berulang dan dianggap membosankan kini diambil alih oleh ejen AI yang melakukannya tanpa mengeluh atau berhenti. Dengan berbilion ejen AI diramalkan digunakan menjelang dekad 2030an, sistem kawalan setempat perlu digunakan oleh majikan untuk menurus “kakitangan AI” mereka.

image is not available

Microsoft melancarkan Agent 365 hari ini dengan ia adalah rangka kerja yang digunakan untuk menguruskan pelbagai ejen AI secara setempat. Ia membantu syarikat menggunakan dan mengawal ejen-ejen AI dengan ciri telemetri serta notifikasi jika berlakunya sebarang isu.

Pengguna perlu mendaftar ejen dengan Microsoft Entra bagi memastikan ejen tidak akan disalahgunakan untuk melakukan serangan siber ke atas syarikat atau organisasi lain. Pada ketika ini Agent 365 menyokong ejen AI yang telahpun dibangunkan oleh Adobe, Databricks, Cognition, Genspark, Glean, Kasisto, Manus, NVIDIA, SAP, Workday dan banyak lagi. Ia kini dalam fasa ujian awal untuk digunakan pentadbir IT.

View Original Article