Microsoft Akan Melakukan Perubahan Pada Windows Bagi Mengelakkan Insiden Crowdstrike Berulang

TechnologyDigital
13 Sep 2024 • 3:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Gangguan perisian Crowdstrike pada Julai lalu menyebabkan hampir 9 juta komputer terjejas dan melumpuhkan industri penerbangan, pekerjaan dan juga sekuriti. Microsoft dan Crowdstrike dipersalahkan kerana kemas kini perisian di tahap kernel dikesan sebagai punca insiden ini berlaku.

Oleh sebab itu Microsoft melalukan pertemuan dengan vendor sistem keselamatan Windows bagi mengelakkan insiden seperti Crowdstrike berulang. Pertemuan dilakukan dengan CrowdStrike, Broadcom, Sophos, dan Trend Micro dilakukan di markah Microsoft. Dalam pertemuan ini kesemua pihak berbincang mengenai bagaimana isu ini dapat dielakkan daripada berulang tanpa mendatangkan sebarang isu sekuriti yang lain.

image is not available

Antara perubahan yang dipersetujui ialah perisian sekuriti yang tidak memerlukan akses kepada mod kernel sistem operasi. Microsoft juga menyarankan syarikat sekuriti bekerjasama untuk meningkatkan keselamatan secara berkumpulan kerana walaupun mereka adalah pesaing, mereka bukanlah musuh.

Pepijat Crowdstrike telah menyebabkan kerugian sekitar $5.5 bilion kepada perniagaan. Di Malaysia, kerajaan akan menolong syarikat tempatan mendapatkan pampasan kerana gangguan operasi yang disebabkan oleh Crowdstrike.