Microsoft Bereksperimen Ciri Bing Chat Pada Pelayar Web Selain Microsoft Edge

TechnologyDigital
5 Jun 2023 • 3:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bing Chat merupakan salah satu ciri baharu yang membawa kepada pengguna Bing mencapai sehingga 100 juta pengguna aktif harian. Ia mengintegrasikan sokongan teknologi ChatGPT, membolehkan para pengguna mendapatkan jawapan untuk pelbagai persoalan dalam bentuk perbualan.

Sehingga kini, ciri Bing Chat hanya diaktifkan untuk pengguna yang menggunakan pelayar web Microsoft Edge sahaja. Tetapi, kini ia dilihat Microsoft telah menguji dengan mengaktifkan ciri ini pada pelayar web yang lain.

image is not available

Beberapa pengguna sedia mengatakan ia telah aktif pada pelayar web Chrome dan Safari yang digunakan mereka. Daripada ujian kami sendiri, ciri ini aktif pada pelayar web Brave, tetapi tidak aktif pada pelayar web lain termasuk Safari, Chrome dan Firefox.

Microsoft mengesahkan ia adalah eksperimen yang sedang dilakukan mereka, dan akan memperkenalkan sokongan Bing Chat pada pelayar web selain Microsoft Edge secara berperingkat.