Microsoft Copilot For Security Diperkenalkan Untuk Industri Sekuriti Siber

TechnologyDigital
14 Mar 2024 • 12:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Microsoft Copilot semakin hari semakin berkembang pesat. Semalam pengguna telah boleh mengakses model bahasa raya GPT-4 Turbo yang lebih berkuasa dan pantas. Hari ini, Microsoft mengumumkan Copilot for Security pula sebagai chatbot untuk industri sekuriti siber.

image is not available

Berbeza dengan Copilot Pro yang memerlukan pelanggan bayar setiap bulan, Copilot for Security perlu dibayar setiap satu jam untuk digunakan ($4 sejam, ~RM18.75). Model bahasa raya untuk chatbot ini adalah berasaskan GPT-4 dan juga model yang spesifik untuk sekuriti oleh Microsoft. Chatbot ini turut boleh membantu dalam pengatucaraan yang berkaitan sekuriti. Pekerja sekuriti siber yang menggunakan chatbot ini boleh mendapatkan maklumat mengenai kejadian sekuriti terkini atau juga rumusan ancaman siber yang telah berlaku.

Copilot for Security telah dilatih sejak setahun lalu dengan informasi ancaman sekuriti terkini serta 78 trilion isyarat oleh Microsoft. Berbeza dengan Copilot biasa, versi untuk sekuriti ini mempunyai pinboard untuk bekerjasama dengan pekerja sekuriti lain, ada ciri merumuskan acara dan semua prom disimpan dalam log untuk tujuan audit pada kemudian hari.