Microsoft Copilot Kini Turut Diperkenalkan Pada iPad Dan iPhone

TechnologyDigital
30 Dec 2023 • 2:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Lanjutan daripada pengenalan Copilot pada Android beberapa hari yang lepas, kini Microsoft turut telah memperkenalkan aplikasi dengan sokongan kecerdasan buatan generatif mereka kepada pengguna iPad dan juga iPhone.

image is not available

Dengan langkah ini, ia sekaligus membolehkan pengguna iPad dan iPhone menjalankan sejumlah pertanyaan, penjanaan teks, penjanaan imej, penghasilan kandungan dan sebagainya terus pada peranti mudah-alih mereka. Menariknya juga, ia turut hadir dengan sokongan GPT-4, sekaligus membolehkan pengguna melakukan pelbagai perkara tanpa perlu lakukan langganan premium untuk ChatGPT.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Copilot di Apple App Store hari ini.