Microsoft Dan OpenAI Dalam Perbincangan Untuk Melabur Pada Figure AI Yang Membangunkan Robot

TechnologyDigital
31 Jan 2024 • 7:46 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Figure merupakan salah satu syarikat yang memfokuskan kepada pembangunan robot dengan rekaan seumpama manusia. Robot Figure 01 sedia mendapat perhatian ramai, malah BMW turut menyatakan akan mula menggunakan robot Figure 01 sebagai pekerja untuk mengendalikan sejumlah tugasan dan kerja asas.

image is not available

Terbaru, ia dilaporkan yang mana Figure AI sedang dalam proses meraih dana, dan Microsoft serta OpenAI dijangka menerajui pelaburan berkenaan. Microsoft dijangka melabur sebanyak $95 juta, dan diikuti OpenAI sebanyak $5 juta – sekaligus menilaikan syarikat Figure sekitar $1.9 bilion.

Buat masa ini, pihak Microsoft dan OpenAI tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan hal ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved