Microsoft Dijangka Mengumumkan Pembuangan Lima Peratus Daripada Tenaga Kerja Mereka

TechnologyDigital
18 Jan 2023 • 12:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Industri teknologi yang memperlihatkan peningkatan keuntungan yang cukup mendadak sepanjang pandemik COVID-19 kini nampaknya terpaksa mengurangkan tenaga kerja mereka kerana kos operasi yang semakin meningkat.

Selepas Meta, Twitter dan Amazon, kini tiba pula giliran Microsoft, syarikat teknologi terkemuka dari Redmond untuk mula memotong tenaga kerja mereka. Menurut Sky News, Microsoft akan mengumumkan pembuangan kerja berskala besar tersebut di seluruh dunia tidak lama lagi.

image is not available

Microsoft mempunyai sekitar 220 ribu tenaga kerja pada skala global, dan syarikat tersebut dijangka akan membuang sekitar lima peratus daripada jumlah tersebut, yang bermakna bahawa sekitar 10 ribu pekerja akan kehilangan kerja dalam masa terdekat ini.

Buat masa ini, Microsoft tidak mengatakan pekerjaan manakah yang akan dipotong, tetapi berdasarkan pengurangan tenaga kerja yang berlaku pada tahun lepas, jawatan-jawatan seperti perunding dan khidmat pelanggan telah dilepaskan.