Microsoft Dilaporkan Akan Turut Menawarkan AI Copilot Pada Windows 10

TechnologyDigital
9 Nov 2023 • 10:36 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ciri Windows Copilot diberikan kepada pengguna Windows 11 menerusi kemas kini beberapa minggu yang lalu. Kecerdasan buatan (AI) copilot boleh diakses terus menerusi taskbar dalam sistem operasi Windows 11 yang memberikan pelbagai kemampuan AI generatif kepada pengguna. Menurut laporan Windows Central, kini Microsoft ingin turut memberikan Copilot pada sistem operasi Windows 10.

image is not available

Ini adalah kerana masih terdapat lebih 1 bilion komputer yang menggunakan Windows 10. Ini adalah jauh lebih besar berbanding 400 juta komputer menggunakan Windows 11 pada waktu ini. Dengan memberikan Copilot kepada pengguna Windows 10 secara terbina, Microsoft berharap akan dapat menjana pendapatan yang lebih tinggi menerusi langganan bulanan bagi mengakses ciri Copilot yang lebih berkuasa.