Microsoft Disiasat FTC Atas Dakwaan Amalan Monopoli Perniagaan Perisian, AI, dan Awanan

TechnologyDigital
28 Nov 2024 • 10:38 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan Amerika Syarikat (FTC) memulakan siasatan ke atas Microsoft kerana dakwaan melakukan amalan monopoli perniagaan pelesenan perisian, kecerdasan buatan (AI), awanan, dan sekuriti. Ura-ura siasatan akan dimulakan pula ke atas Microsoft beberapa bulan selepas Google didapati bersalah mengamalkan monopoli oleh Jabatan Keadilan (DOJ) pada Ogos lalu.

image is not available

Antara yang akan menjadi tumpuan siasatan ialah bagaimana Microsoft menawarkan berkas pelbagai perisian produktiviti dan perisian sekuriti bersama dengan perkhidmatan awanan Azure mereka. Ini bakal menjadi pertarungan besar kedua yang dihadapi Microsoft dengan agensi kerajaan selepas siasatan ke atas mereka dilakukan selepas menyertakan Internet Explorer dengan setiap sistem operasi Windows.

Walaupun pada awalnya mahkamah mengarahkan Microsoft memisahkan perniagaan sistem operasi dengan perisian, ia kemudiannya diubah kepada syarikat memberikan akses API kepada pembangun luar bagi membolehkan perisian dibangunkan untuk Windows.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved