Microsoft Dynamics 365 Copilot Untuk Pengurusan Khidmat Pelanggan Dilancarkan Dengan Teknologi OpenAI

TechnologyDigital
7 Mar 2023 • 6:45 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Microsoft Dynamics 365 Copilot pula dilancarkan awal pagi ini dan sekali teknologi kecerdasan buatan OpenAI menjadi tiang seri yang menyokongnya. Dynamics 365 Copilot ialah perisian yang membantu perniagaan menguruskan interaksi dengan pelanggan yang menghantar mesej mengenai isu yang timbuk dengan perkhidmatan mereka.

Menerusi ciri ini pekerja manusia dapat mengurangkan masa yang dihabiskan membaca dan membalas emel yang boleh dilakukan oleh kecerdasan buatan. Menurut Microsoft menerusi Dynamics 365 Copilot, tugas ini dapat dikurangkan ke 65%. Selain itu ia juga boleh menghasilkan ringkasan mesyuarat yang dilakukan di dalam Teams sebelum emel dihantar kepada peserta mesyuarat secara automatik.

Selain itu ia turut boleh melakukan tugas berbual dengan pelanggan menerusi aplikasi chat. Tambah Microsoft lagi Dynamics 365 Copilot turut boleh memberikan saranan idea pemasaran dan maklumat demografi sasaran pengiklanan untuk jurujual mencari pelanggan. Dengan penawaran ini kecerdasan buatan OpenAI mula diberikan pula kepada pelanggan perniagaan Microsoft untuk menggantikan tugasan remeh yang selam ini dilakukan oleh manusia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved