Sejak pelayar web Microsoft Edge menggunakan Chromium sebagai asasnya, pengguna kini mempunyai lebih banyak pilihan pemalam (extension) yang boleh dipasang pada pelayar web mereka. Akan tetapi, perkara ini juga dilihat boleh menyebabkan isu prestasi dimana ia akan memakan memori RAM dan memperlahankan penggunaan pelayar web anda.
Terkini, ia dilaporkan bahawa sebuah ciri baru sedang diuji dimana pelayar web tersebut akan memperlihatkan amaran pada bahagian tool bar untuk memberitahu pengguna pemalam manakah yang sedang menggunakan memori ataupun proses CPU yang tinggi dan menyebabkan isu prestasi.

Untuk pemalam-pemalam ini, Microsoft Edge nampaknya akan memberi mengesyorkan anda menutupnya untuk memulihkan prestasi pelayar web. Ciri ini akan diperkenalkan untuk tujuan ujian melalui Microsoft Edge Canary 130, tetapi jika anda sudahpun berada dalam program Windows anda boleh ke tetingkap edge://flags dan mencari ciri Extension Performance Detector dan mengaktifkan ciri tersebut dari situ.

