Microsoft guna AI untuk saring 32 juta calon pengganti lithium sebagai elektrolit bateri

Technology
16 Jan 2024 • 3:51 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Bateri litium adalah salah satu reka cipta terpenting dalam tamadun manusia. Ia bukan sahaja memungkinkan tenaga disimpan secara mudah alih malahan mempunyai kepadatan kepadatan tenaga yang tinggi. Walau bagaimanapun, lithium adalah bahan mentah yang tidak boleh diperbaharu dan sukar untuk diperolehi kerana berdepan dengan halangan geografi dan juga geopolitik.

Maka dengan sebab itulah, Microsoft mengguna pakai AI untuk mencari alternatif lithium sebagai elektrolit bateri generasi baharu. Microsoft telah membangunkan Azure Quantum Element, ia adalah alat yang dibangunkan khas untuk mempercepat kajian saintifik. Ia katanya boleh mempercepat analisis yang biasanya mengambil masa 6 bulan, kepada 1 minggu sahaja. Selain itu, sesetengah simulasi kimia yang biasanya mengambil masa setahun, boleh dipercepat kepada seminit sahaja atapaun 500,000 kali ganda lebih pantas.

image is not available

Menggunakan teknologi yang serupa, penyelidik berjaya menganalisis 32.6 juta elemen yang berpotensi untuk menjadi elektrolit baharu bateri. Daripada jutaan elemen itu, ia ditapis di beberapa peringkat untuk menjadi hanya satu sahaja yang betul-betul berkaliber untuk memikul tugas sebagai elektrolit bateri generasi baharu.

image is not available

Antara ciri-ciri yang perlu dipenuhi adalah seperti:

  • Sifat lebih selamat daripada lithium sama ada dalam bentuk cecair ataupun gel
  • Mempunyai kepadatan tenaga lebih tinggi daripada lithium
  • Mampu kurangkan penggunaan lithium sebagai bahan mentah

Permasalahan lithium ini cumalah salah satu daripada banyak lagi aplikasi Azure Quantum Element. Alat ini juga dikatakan teleh bersedia untuk mendepani landskap pengkomputeran kuantum yang semakin menghampiri hari demi hari.

Anda boleh baca kajian lanjut tentang elektrolit baharu itu dalam kertas kajian ini

View Original Article