Microsoft Ingin Bangunkan “Super App” – Integrasi Semua Perkhidmatan Dalam Satu Aplikasi

TechnologyDigital
6 Dec 2022 • 11:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Microsoft kini dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk membangunkan sebuah “super app”, iaitu aplikasi yang mengintegrasikan pelbagai perkhidmatan dalam satu.

Aplikasi tersebut dijangka akan mengintegrasikan sokongan berita, permesejan, dan juga sokongan untuk membeli-belah.

image is not available

Dengan langkah ini, Microsoft menyasarkan untuk memperluaskan pegangan mereka dalam perkhidmatan mudah-alih, termasuk menarik lebih ramai pengguna ke Microsoft Teams dan juga perkhidmatan carian Bing. Secara tidak langsung, ia juga dijangka meningkatkan pendapatan melalui pengiklanan untuk Microsoft.

Pada hari ini, salah satu aplikasi berbentuk “super app” yang berjaya adalah WeChat di China. Ia mengintegrasikan pelbagai perkhidmatan di dalamnya. Pelbagai penyedia sedang bersaing untuk hadir dengan “super app” masing-masing, termasuk Twitter dan juga Grab.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved