Microsoft Kelak Ingin Memudahkan Syarikat Menghasilkan Variasi ChatGPT Tersendiri

TechnologyDigital
8 Feb 2023 • 8:51 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Microsoft hari ini telah pun memperkenalkan integrasi kecerdasan buatan mereka pada enjin carian Bing dan juga pelayar web Microsoft Edge. Bergerak ke hadapan, lebih banyak produk Microsoft dijangka mengintegrasikan sokongan kecerdasan buatan ini.

Disamping pada produk Microsoft, kini mengikut sumber dalaman, gergasi teknologi tersebut juga dijangka akan menawarkan kemudahan yang membolehkan pelbagai syarikat membangunkan bot tersendiri yang lebih kurang sama seperti ChatGPT.

Microsoft sedia mempunyai perjanjian bersama OpenAI dari segi pelaburan, dan kepakaran mereka akan memudahkan penawaran perkhidmatan ini kepada perusahaan melalui beberapa kaedah. Salah satunya berkemungkinan adalah melalui penawaran perkomputeran awan Azure mereka.

Dengan penawaran kepada perusahaan, ia dijangka memudahkan sejumlah operasi, termasuk dalam mendapatkan maklumat, melakukan tugasan asas, mahupun membantu dalam khidmat pelanggan.

Selain Microsoft, pihak Google juga turut sedang membangunkan penawaran mereka, dan dijangka berkongsi berkenaan dengannya tidak lama lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved