Microsoft Kembali Mengatasi Apple dan NVIDIA Sebagai Syarikat Paling Bernilai Di Dunia

TechnologyDigital
24 Jun 2024 • 10:24 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Status NVIDIA sebagai syarikat paling bernilai di dunia tidak mampu bertahan lebih seminggu kerana pagi ini mereka kembali dipintas oleh Microsoft. Ketika artikel ditulis, Microsoft berada di kedudukan teratas dengan nilai pasaran $3.343 trilion (~RM 15.75 trilion) dengan Apple di tangga kedua dengan nilai $3.191 trilon dan NVIDIA pula dengan nilai $3.113 trilion. Triniti teknologi ini kekal sebagai tiga syarikat yang mempunyai nilai pasaran lebih $3 trillion.

image is not available

Saham Microsoft kembali melonjak kerana komputer Copilot+ PC mula dipasarkan minggu lalu dengan kemampuan AI dan mempunyai prestasi yang akhirnya memberikan persaingan sengit kepada komputer Mac yang hanya akan menerima ciri AI pada Q4 2024.

Sementara itu saham NVIDIA pula mungkin jatuh sedikit dengan pemegang saham mula menjual semua pemilikan bagi mendapatkan keuntungan. Peningkatan saham NVIDIA adalah amat menakjubkan sejak setahun lalu dipacu oleh permintaan tinggi untuk CPU dan GPU pemecut AI keluaran mereka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved