Microsoft Melakukan Pelaburan Pada Anthropic – Syarikat AI Sebalik Claude

TechnologyBusiness & Finance
18 Nov 2025 • 11:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Microsoft hari ini mengumumkan kerjasama strategik bersama Anthropic, yang turut memperlihatkan syarikat gergasi perkomputeran berkenaan melabur sehingga $5 bilion pada Anthropic. Anthropic sering diposisikan sebagai antara pesaing terdekat dengan OpenAI, dan menawarkan model Claude yang sangat kerap digunakan ramai pembangun seluruh dunia.

Bersama-sama pengumuman ini, ia turut dinyatakan yang mana NVIDIA akan melabur sehingga $10 bilion pada Anthropic.

Sementara itu, Anthropic turut menyatakan komitmen untuk membeli kapasiti perkomputeran sehingga $30 bilion melalui Microsoft. Disamping itu, Microsoft juga akan meneruskan akses untuk Claude melalui perkhidmatan seperti GitHub Copilot, Microsoft 365 Copilot dan lain-lain.