Microsoft Membiaya Pembangunan Cip AI Oleh AMD

TechnologyDigital
5 May 2023 • 10:18 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kecerdasan buatan (AI) ialah teknologi terhangat sekarang dengan semua syarikat utama dunia mempunyai pelan mengintegrasikannya pada produk yang dikeluarkan. Jauh di hadapan ialah Microsoft yang melihat pelaburan mereka ke dalam OpenAI membuahkan hasil. Menurut Bloomberg, Microsoft kini membiayai cip khusus untuk AI yang dibangunkan oleh AMD.

image is not available

Memetik sumber dalaman, cip untuk AI ini menggunakan nama kod Athena dan akan dibangunkan sendiri untuk digunakan oleh Microsoft kelak. Pihak Microsoft dan AMD tidak memberikan sebarang maklum balas mengenai laporan Bloomberg ini. Microsoft pada waktu ini menggunakan cip keluaran NVIDIA untuk keperluan kuasa kecerdasan buatan mereka dan OpenAI.

Pasaran cip kecerdasan buatan kini dikuasai oleh NVIDIA dan AMD sehingga menyebabkan Amerika Syarikat mengeluarkan sekatan ianya dijual kepada China. Ini dilakukan bagi mengelakkan teknologi milik mereka digunakan oleh China bagi tujuan ketenteraan. Akibatnya sebuah cip baharu dengan spesifikasi rendah sahaja boleh dijual kepada China sejak tahun lalu.