Microsoft Memperkenalkan Microsoft Teams Dengan Integrasi OpenAI GPT-3.5

TechnologyDigital
2 Feb 2023 • 8:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Microsoft hari ini memperkenalkan integrasi OpenAI GPT-3.5 pada perkhidmatan komunikasi Microsoft Teams mereka, sekaligus memudahkan sejumlah tugasan yang boleh dilakukan melalui perkhidmatan tersebut.

Melalui integrasi kecerdasan buatan ini, ia memudahkan pengguna untuk sejumlah tugasan, termasuk melakukan minit mesyuarat, mendapatkan ringkasan pembentangan yang dilakukan, termasuk menyediakan ringkasan perbincangan yang dilakukan.

image is not available

Dengan langkah ini juga, ia dijangka meningkatkan kadar produktiviti pengguna – termasuk memudahkan seseorang ahli dalam mengikuti perkembangan dengan pantas.

Kemaskini terbaru ini diperkenalkan bermula hari ini untuk pengguna berbayar Microsoft Teams.