Microsoft Mempertimbangkan Tindakan Undang-Undang Terhadap OpenAI dan Amazon.

TechnologyBusiness & Finance
18 Mar 2026 • 9:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Microsoft sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap OpenAI dan Amazon selepas kedua-dua syarikat menandatangani perjanjian menjadikan AWS sebagai penyedia awanan pihak ketiga eksklusif untuk Frontier yang merupakan platform perusahaan OpenAI. Perjanjian bernilai $50 bilion itu dilihat melanggar perjanjian eksklusif antara Microsoft dan OpenAI yang menetapkan bahawa model OpenAI harus diakses melalui Microsoft Azure.

image is not available

Ketiga-tiga syarikat belum mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan laporan Financial Times. Sumber Microsoft sekadar menyatakan mereka bersedia menyaman jika kontrak dilanggar. Tetapi ketiga-tiga syarikat dipercayai sedang berbincang untuk menyelesaikan isu ini sebelum pelancaran Frontier.

Microsoft melakukan pelaburan besar ke dalam OpenAI selepas insiden Sam Altman dipecat daripada jawatan CEO pada tahun 2023 sebelum kembali semula selepas ahli lembaga pengarah pula dipecat. Hasil daripada pelaburan ini, ciri Copilot menggunakan model AI yang dibangunkan oleh OpenAI.