Microsoft Menampal Kerentanan Sekuriti Serius Pada Notepad

TechnologyDigital
12 Feb 2026 • 3:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Microsoft mengesahkan kewujudan isu keselamatan serius dalam aplikasi Notepad untuk Windows 11. Kerentanan sekuriti ini diberikan skor 8.8 kerana ancaman keselamatan yang tinggi. Eksploitasi berlaku melalui pautan markdown, yang membolehkan penggodam menjalankan Remote Code Execution (RCE) jika pengguna membuka fail yang mengandungi pautan berbahaya.

image is not available

Bagi menampak kerentanan, Microsoft mengeluarkan kemas kini Februari 2026 dan juga kemas kini aplikasi menerusi Microsoft Store. Notepad baru sahaja menerima ciri sokongan markdown dan CoPilot penghujung tahun lalu untuk memodenkan aplikasi.

Sejak kebelakangan pelbagai isu keselamatan aplikasi dan kestabilan Windows 11 wujud. Sejak 2026 bermula, Microsoft memberikan dua tampalan sekuriti tidak dirancang kerana kemas kini yang diberikan mengakibatkan isu seperti PC tidak boleh dimatikan, PC enggan memasuki mod hibernasi dan taskbar.exe gagal berfungsi.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved