
Daripada skala 1-10 apakah tahap kepercayaan anda dengan pelbagai sistem kecerdasan buatan (AI) di pasaran sekarang? Bagi saya ia amat bergantung kepada model yang digunakan. Jika anda pengguna tegar Copilot anda mungkin perlu memikirkan semula penggunaannya selepas penafian yang dikeluarkan sendiri oleh Microsoft.
Dalam terma penggunaan rasmi Copilot yang dikemaskini Oktober lalu, Microsoft menyatakan Copilot Terma Penggunaan Copilot (dikemas kini Oktober lalu) menyatakan bahawa Copilot adalah “untuk hiburan sahaja” dan tidak boleh diharapkan untuk memberi nasihat. Ia digunakan atas risiko sendiri.

Dalam dokumen yang sama pengguna Copilot bersetuju untuk menanggung kerugian peribadi dan memastikan Microsoft tidak dipertanggungjawabkan daripada dan terhadap sebarang tuntutan, kerugian dan perbelanjaan (termasuk yuran peguam) yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan Copilot.
Terma dan syarat ini dilihat sebagai pelindung kepada sebarang bentuk saman yang kini dihadapi oleh OpenAI dan Meta selepas AI mereka dipersalahkan apabila pengguna membunuh diri atau terdedah kepada kandungan tidak serasi dengan usia.
