Microsoft Menghentikan Pengeluaran Aksesori Komputer Untuk Memfokuskan Terhadap Siri Surface

TechnologyDigital
28 Apr 2023 • 11:52 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Microsoft ialah sebuah syarikat teknologi yang cukup terkenal untuk penawaran perisian mereka, disamping peranti-peranti MicroSsoft Surface yang hadir untuk mereka yang mahukan prestasi perkomputeran yang premium.

Terkini, Microsoft telah mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan pengeluaran dan penjualan aksesori-aksesori komputer mereka, termasuklah tetikus, papan kekunci dan juga webcam. Ini termasuklah aksesori seperti papan kekunci dan tetikus Microsoft Ergonomic, Microsoft Modern Webcam dan sebagainya.

image is not available

Menurut laporan, Microsoft tidak akan berhenti menjual aksesori komputer mereka, tetapi nampaknya akan memfokuskan kepada aksesori berjenama Surface mereka, yang dilihat dijual pada harga yang jauh lebih mahal berbanding dengan penawaran aksesori mereka sebelum ini.

image is not available

Tinjauan di laman web Microsoft Malaysia memperlihatkan bahawa mereka masih lagi menjual aksesori-aksesori ini untuk pasaran ini buat masa ini, tetapi kami menjangkakan bahawa selepas inventori perkakasan ini habis, ia tidak akan diisi semula, dan penjualan aksesori-aksesori ini akan dihentikan.