Microsoft Menguji Fungsi Ujian Kelajuan Internet Pada Sistem Operasi Windows 11

TechnologyDigital
16 Sep 2025 • 1:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jika anda mahu menguji kelajuan rangkaian internet yang sedang digunakan pada komputer riba ataupun peranti anda, secara lazimnya anda akan menggunakan perkhidmatan seperti Speedtest ataupun Fast.com.

Terkini, melalui program Windows Insider terbaru, Microsoft nampaknya sedang menguji ciri ujian internet tersebut secara terbina didalam sistem operasi Windows 11 versi beta terbaru mereka (KB5065782).

Fungsi ini dapat dilihat apabila anda right-click ikon rangkaian internet, dimana menu kelajuan internet dapat diperlihatkan diantara dua menu rangkaian sedia ada. Pilihan tersebut akan membuka perisian pelayar web yang akan membuka laman web carian Bing dan memulakan ujian kelajuan sambungan internet.

Ciri tersebut dilihat dalam fasa ujian buat masa ini, dan ia tidak diketahui lagi jika Microsoft akan membangunkan ujian kelajuan sambungan internet secara terbina kedalam sistem operasi Windows 11.