Microsoft Menunda Pelancaran Ciri Recall

TechnologyDigital
14 Jun 2024 • 8:32 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Microsoft telah menunda pelancaran ciri Recall pada Copilot+ PC selepas ia menerima pelbagai kritikal berkenaan kerentanan sekuriti serius yang boleh berlaku sekiranya ia diberikan. Dalam kenyataan yang diberikan, Recall tidak akan diberikan pada tarikh asal 18 Jun depan. Sebaliknya tempoh ujian prebiu akan diteruskan dengan ciri ini diberikan kepada pengguna Windows Insider Program sahaja bagi mengumpul lebih banyak maklum balas.

image is not available

Recall ialah ciri kecerdasan buatan (AI) yang mengingati kesemua aktiviti pengguna seperti lokasi fail, laman yang dilawati, dan mencari imej tertentu dalam gambar. Sejurus selepas ia diumumkan, pelbagai kritikan diberikan kerana Recall dilihat berbahaya kepada privasi mereka yang menggunakannya. Antara yang memberikan komen paling pedas ialah bekas kakitangan Microsoft sendiri yang mencubanya lebih awal.

Microsoft kemudian mengatakan Recall tidak lagi akan diaktifkan secara lalai dengan pengguna perlu mengaktifkannya sendiri. Selain itu setiap kali Recall ingin digunakan, identiti pengguna perlu disahkan terlebih dahulu menggunakan Windows Hello.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved