Microsoft Mungkin Tawarkan Starfield dan Indiana Jones Di PlayStation 5

TechnologyGamingDigital
5 Feb 2024 • 9:57 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sebelum ini kami laporkan Microsoft akan mula menawarkan permainan video eksklusif mereka ke konsol Sony dan Nintendo. Tetapi Microsoft segera menafikannya dan mendakwa ia sekadar ura-ura. Hujung minggu ini laman XboxEra berkata sumber dalaman mengatakan Starfied, Hi-Fi Rush dan Indiana Jones and the Great Circle akan mula ditawarkan ke konsol PlayStation 5 dan Nintendo.

image is not available

Dalam kes Starfield, ia akan ke PlayStation 5 serentak dengan DLC Shattered Space yang akan hanya ditawarkan pada PC dan Xbox terlebih dahulu. Sementara itu Indiana Jones and the Great Circle yang juga dibangunkan oleh Bathesda sedang dipertimbangkan untuk PlayStation 5 beberapa bulan selepas ia dilancarkan di Xbox.

Dalam kes Hi-Fi Rush pula, data dalam permainan menunjukkan sudah ada persediaan untuk menawarkannya ke PlayStation 5 dan Switch. Sekali lagi permainan ini diterbitkan oleh Bathesda. Perang konsol pada waktu ini dimenangi oleh PlayStation 5. Strategi Microsoft menawarkan permainan mereka pada konsol lain sekiranya benar hanya menguntungkan peminat permainan video.

View Original Article