Microsoft OneDrive Versi Web Kini Menyokong Mod Luar Talian

TechnologyDigital
30 Apr 2024 • 11:12 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Microsoft OneDrive adalah antara perkhidmatan storan awan yang berbaloi untuk dilanggan. Ini kerana pelan keluarga 1TB, memberi setiap ahli 1TB kuota dan bukannya kongsi bersama. Harga juga amat mampu milik berbanding lain. Terbaru, Microsoft telah mengemaskini OneDrive versi web untuk menyokong mod luar talian.

image is not available

Mod ini membenarkan pengguna yang kekangan akses Internet untuk mengakses Home, My files, Shared, Favorites, People, dan Meeting dengan lebih mudah. Anda hanya perlu pilih fail yang ingin diakses tanpa Internet sebagai offline. Microsoft turut menyatakan pengguna turut boleh menetapkan fail yang mana yang hanya boleh diakses dengan Internet. Kemudian dengan bantuan aplikasi OneDrive Sync pada Windows atau macOS, prestasi penggunaan akan meningkat sehingga 3x.

image is not available

Untuk menggunakan mod luar talian, ia hanya berfungsi jika jumlah fail yang disimpan adalah bawah 250,000. Ia juga terhad kepada pengguna dengan akaun perniagaan atau pendidikan dengan menggunakan pelayar web berasaskan Chromium. Butiran lain mengenai ciri mod luar talian OneDrive, Microsoft turut menyediakan laman web khas yang anda boleh akses di sini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved