Microsoft Paint Kini Menyokong “Layer” Dan “Transparency”

TechnologyDigital
19 Sep 2023 • 10:08 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Perisian Paint memulakan hidupnya sebagai Microsoft Paintshop pada tahun 1985. Ia adalah perisian menghasilkan lukisan paling asas yang boleh digunakan pemilik Windows. Selepas hampir 40 tahun, Microsoft Paint kini akhirnya menerima dua ciri baharu yang menjadikannya lebih mirip perisian popular Photoshop.

image is not available

Paint kini menyokong ciri “Layer” dan “Transparency” yang adalah ciri asas kesemua perisian suntingan gambar. Ia adalah kesinambungan kepada ciri membuang latar belakang yang diuji pada Paint beberapa minggu lalu. Dengan layer pengguna boleh menghasilkan lapisan pada karya yang disunting. Dengan ini teks dan sebarang suntingan tidak akan mengganggu imej asal.

image is not available

Transparency pula membolehkan sesetengah bahagian imej sahaja dilihat membolehkan layer digunakan secara lebih efektif. Pengguna Paint juga boleh mengeksport imej sebagai PNG tanpa latar belakang. Kedua-dua ciri ini boleh diakses pengguna Windows Insider sahaja pada waktu ini.