Microsoft Sedang Bangunkan Penawaran Seumpama OpenClaw Untuk Pelanggan 365 Copilot

TechnologyBusiness & Finance
14 Apr 2026 • 8:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Microsoft pada awalnya antara yang terawal menawarkan penyelesaian berasaskan kecerdasan buatan melalui Copilot kepada umum, tetapi hari demi hari, ia dilihat mereka semakin jauh ditinggalkan dari segi penggunaan berbanding Gemini dan OpenAI. Walaubagaimanapun, Microsoft tidak mengalah, dan terus mengoptimasikan penawaran mereka untuk kegunaan produktif dan perusahaan.

Terbaru, Microsoft dilaporkan sedang meneroka kaedah untuk mengintegrasikan ciri-ciri seumpama penawaran OpenClaw, terus pada 365 CoPilot. Dengan langkah ini, pengguna boleh mengautomasi sejumlah tugasan, sekaligus meningkatkan lagi kadar produktiviti masing-masing.

Menurut komen Microsoft, mereka sedang meneroka ciri seumpama OpenClaw untuk pengguna perusahaan. Microsoft juga dilihat boleh mengimplementasi penawaran yang lebih selamat dan stabil, sekaligus memberikan keyakinan kepada para pengguna – terutamanya syarikat dan organisasi besar.

Dengan kelebihan Microsoft juga, mereka turut boleh mengautomasikan ejen AI untuk sejumlah tugasan, termasuk untuk pemasaran, penjualan dan perakaunan. Microsoft dijangka berkongsi berkenaan dengannya seawal pada acara Build yang dijadualkan awal Jun kelak.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved