Microsoft Store Pada Windows 10 Mobile Tamat Sepenuhnya

TechnologyDigital
28 Feb 2025 • 11:37 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sekitar 5 tahun lepas, sokongan kemas kini untuk Windows 10 Mobile dan Windows 7 telah dihentikan. Namun begitu, sokongan untuk aplikasi seperti Microsoft Office, beberapa aplikasi lain masih diteruskan. Ini termasuk dengan Microsoft Store pada Windows 10 Mobile. Masih banyak aplikasi boleh dimuat turun, peranti Windows Phone 8.1 masih boleh dikemaskini ke Windows 10 Mobile – sehinggalah hari ini – Microsoft Store untuk platform ini ditamatkan sepenuhnya.

image is not available

Menurut sejumlah pengguna setia Windows Phone, gedung aplikasi Microsoft Store kini tidak lagi boleh dibuka. Sebelum ini ia masih memaparkan koleksi aplikasi, mengurus aplikasi atau akaun dan banyak lagi – kini ia hanya skrin berwarna kelabu. Ada juga pengguna melaporkan menerima mesej ralat untuk mengakses gedung aplikasi.

Jika anda berniat untuk membeli mana-mana peranti Windows Phone terpakai, sila ambil perhatian yang anda tidak lagi boleh menggunakan peranti tersebut untuk tujuan komunikasi. Ia mungkin hanya boleh menjadi kamera digital sahaja.