Microsoft Surface Laptop Go 3 Dilancarkan Dengan Bateri 15 Jam

TechnologyDigital
22 Sep 2023 • 12:16 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Microsoft Surface Laptop Go 3 diumumkan malam ini dengan ia merupakan sebuah komputer riba yang. mempunyai bateri yang boleh bertahan sehingga 15 jam. Ia dilengkapi skrin 12.4″ dengan sokongan sentuhan serta bernisbah 3:2 yang dipadankan kepada cip Intel Core i5-1235U, grafik Intel Iris Xe memori sehingga 16GB LPDDR5 RAM dan storan sehingga 256GB.

image is not available

Terdapat pilihan I/O USB-C, USB-A dan sambungan Surface Connector. Pada papan kekunci pula terdapat pengimbas cap jari yang menyokong Windows Hello terbina pada butang kuasa. Surface Laptop Go 3 ialah komputer kerja kompak yang hanya seberat 1.1 kilogram sahaja.

image is not available

Ciri menarik lain ialah pengecasan 35W untuk bateri, bicu audio 3.5mm, WiFi 6, speaker Omnisonic dengan Dolby Audio dan kamera web 720P. Sistem operasi yang digunakan pul ialah Windows 11 Home Edition.Dari segi rekaan ia mirip dengan Surface Laptop Go 2 tahun lalu. Ia ditawarkan dalam empat pilihan warna dan dijual pada harga bermula $799 (~RM3744) sebuah.

image is not available