Microsoft Surface Pro 12 Dan Surface Laptop Dikemaskini Dengan Cip Qualcomm Snapdragon X2 Plus

TechnologyDigital
24 Sep 2026 • 1:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Microsoft baru sahaja mengumumkan bahawa siri komputer tablet dan komputer riba Microsoft Surface Pro 12 dan Surface Laptop 13 telah dikemaskini dengan pilihan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon X2 Plus, yang merupakan cip pemprosesan komputer riba dengan penawaran lebih mampu milik apabila dibandingkan dengan penawaran cip Snapdragon X2 Elite

Menariknya, ia bukan sahaja pertukaran cip pemprosesan semata-mata, kerana paparan skrin pada kedua-dua model komputer riba ini hadir dengan paparan skrin dengan nilai kecerahan yang lebih tinggi (500 nits) tetapi juga jangka-hayat bateri yang lebih panjang, dimana Surface Pro 12 hadir dengan penggunaan selama 12.5 jam, manakala Microsoft Surface Laptop 13 pula hadir dengan penggunaan selama 22.5 jam dengan pengecasan penuh.

Image from: Microsoft Surface Pro 12 Dan Surface Laptop Dikemaskini Dengan Cip Qualcomm Snapdragon X2 Plus

Bercakap mengenai spesifikasi dalaman, cip Snapdragon X2 Plus tampil dengan 6 teras terbina, dengan pilihan memori 16GB/24GB LPDDR5X dan storan SSD 256GB/512GB bergantung kepada konfigurasi yang dipilih. Penawaran lain seperti palam I/O dan sambungan nirwayar untuk kedua-dua model komputer tablet dan komputer riba ini adalah sama seperti sebelum ini.

Image from: Microsoft Surface Pro 12 Dan Surface Laptop Dikemaskini Dengan Cip Qualcomm Snapdragon X2 Plus

Dari segi pilihan warna, kedua-dua model ini hadir dengan piilhan warna Platinum dan Violet sama seperti sebelum ini, dan memperlihatkan penawaran warna hitam yang baharu untuk model ini. Microsoft mengatakan bahawa Microsoft Surface Pro 12 ($1149) dan Microsoft Surface Laptop 13 ($1119) dengan cip Qualcomm Snapdragon X2 Plus ini akan mula ditawarkan pada 13 Oktober 2026 untuk pasaran-pasaran terpilih. Kami telah bertanya kepada pihak Microsoft Malaysia untuk mengetahui jika model ini akan memasuki pasaran tempatan atau tidak kelak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved