Microsoft Surface RTX Spark Dev Box Pula Dilancarkan Untuk Desktop

TechnologyDigital
3 Jun 2026 • 1:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Microsoft Surface RTX Spark Dev Box Pula Dilancarkan Untuk Desktop

Selepas melancarkan Microsoft Surface Laptop Ultra beberapa hari lalu dengan cip NVIDIA RXT Spark, pagi ini Microsoft Surface RTX Spark Dev Box pula dilancarkan sebagai sebuah PC untuk pembangun kecerdasan buatan (AI) lokal.

Image from: Microsoft Surface RTX Spark Dev Box Pula Dilancarkan Untuk Desktop

Ia mempunyai rekaan kompak untuk pembangun yang mahu membina, prototaip dan melatih model AI tanpa kebergantungan kepada awanan sekaligus mengawal kos mengakses kuasa perkomputeran AI yang diperlukan

Cip RTX Spark yang digunakan digabungkan dengan memori bersepadu 128GB RAM membolehkan Mampu model dengan 120 bilion parameter serta konteks 1 juta token dijalankan terus pada sebuah mesin.

Image from: Microsoft Surface RTX Spark Dev Box Pula Dilancarkan Untuk Desktop

Sistem operasi yang digunakan pula ialah Windows 11 Pro. Walaupun dibangunkan sebagai sebuah komputer AI desktop, ia juga boleh menjalankan pelbagai permainan video moden serta kerja kreatif kerana dilengkapi GPU setaraf RTX 5070 dengan lebih 6000 teras CUDA.

Microsoft Surface Laptop Ultra akan mula dijual di Amerika Syarikat terlebih dahulu pada penghujung 2026 tetapi harga belum lagi diumumkan.

View Original Article