Microsoft tawar VSS kepada 60,000 pekerja

TechnologyStartup
28 Oct 2026 • 1:50 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Microsoft tawar VSS kepada 60,000 pekerja

WASHINGTON: Syarikat gergasi teknologi, Microsoft menawarkan pakej pemisahan sukarela (VSS) kepada kira-kira 60,000 kakitangannya.

Ia  merangkumi hampir suku daripada keseluruhan tenaga kerja sebagai langkah me­ngurangkan kos syarikat demi mengimbangi pe­laburan besar-besaran dalam bidang kecerdasan buatan (AI).

Tawaran berkenaan terbuka kepada kakitangan terpilih di Amerika Syarikat (AS), Kanada, India dan United Kingdom (UK) yang berkhidmat di peringkat naib presiden serta ke bawah.

“Tawaran ini dibuka kepada pekerja yang layak dalam pasukan terbabit di Kanada, India, UK dan AS bagi gred tahap 70 dan ke bawah,” kata jurucakap Microsoft menerusi kenyataan di blog rasminya pada Isnin.

Program pemisahan sukarela itu dilaporkan bakal memberi kesan kepada beberapa bahagian penting syarikat termasuk unit pengalaman AI, Copilot, kewangan, sumber manusia, Xbox dan Windows + Devices.

Bagaimanapun, penawaran berkenaan tidak terpakai bagi beberapa kumpulan pekerja tertentu antaranya pasukan yang mengendalikan pusat data, perniagaan komersial, pemasaran dan unit keselamatan.

Langkah pengura­ngan kos tenaga kerja ini dibuat ketika Microsoft terus mempertingkat saiz modal dan tumpuan utama mereka untuk memajukan infrastruktur serta produk berasaskan AI. 

Ketika syarikat gergasi tek­nologi terus membelanjakan dana besar untuk pelaburan berkaitan AI, kebimbangan terhadap kesan teknologi itu terhadap peluang pekerjaan terus berlarutan.

Malah, Ketua Pegawai Eksekutif Anthropic, Dario Amodei, turut memberi amaran mengenai kehilangan pekerjaan secara besar-besaran.

Netflix dilaporkan akan me­ngurangkan kira-kira enam pe­ratus tenaga kerjanya, bersamaan 1,000 pekerjaan, menurut laporan media AS  minggu lalu.

Laman lelongan eBay memberhentikan 1,000 pekerja awal bulan ini, menyusuli langkah sama pada awal tahun yang menjejaskan 800 pekerjaan.

Pada Mei lalu, Meta memberhentikan kira-kira 10 peratus tenaga kerja globalnya, melibatkan sekitar 8,000 pekerja. – AGENSI

The post Microsoft tawar VSS kepada 60,000 pekerja appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved