Microsoft Umum Phone Link Untuk iOS – Akses Mesej Dan Panggilan Dari iPhone Terus Pada PC Windows 11

TechnologyDigital
28 Feb 2023 • 11:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Microsoft hari ini mengumumkan kemaskini besar untuk Windows 11, sekaligus menyertakan sejumlah ciri baharu bersama dengannya.

Salah satu sokongan baharu yang diumumkan adalah sokongan Phone Link untuk iOS.

image is not available

Bagi yang tidak mengenali akan Phone Link, ia telah ditawarkan untuk Android sebelum ini, memudahkan pengguna pautkan telefon pintar ke komputer – dan menguruskan pelbagai perkara dari telefon pada komputer, terutamanya ketika sedang bekerja.

Dengan Phone Link untuk iOS, pengguna boleh mengakses pelbagai notifikasi dari iPhone terus pada komputer Windows 11, seterusnya turut membalas mesej dan panggilan dari komputer.

Ciri ini diperkenalkan dalam bentuk ujian buat masa ini.

image is not available

Pengenalan ini hadir selepas Microsoft turut memperkenalkan integrasi iCloud untuk mengakses gambar iPhone terus ke komputer Windows 11 sebelum ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved