
Kota Kinabalu: Kementerian Pembangunan Perindustrian (MID) di bawah pimpinan Datuk Dr Joachim Gunsalam membawa masuk dua projek berimpak tinggi bernilai berbilion ringgit ke Sabah.
Projek itu melibatkan pembuatan kerajang tembaga oleh syarikat Korea Selatan, SK Nexilis yang melabur RM4.2 bilion dan pembuatan kaca solar oleh SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd, yang melibatkan pelaburan RM2 bilion dan ini memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah.
Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Perindustrian, Yubidi Gumpoyo berkata kesemua projek itu adalah inisiatif Sabah Maju Jaya (SMJ) di bawah MID.

