MIDF Research unjur kadar penggunaan kilang penapisan Genting Plantations meningkat antara 35% hingga 40%

Business & Finance
8 Mar 2024 • 3:11 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

MIDF Research unjur kadar penggunaan kilang penapisan Genting Plantations meningkat antara 35% hingga 40%

azan

08/03/2024 - 15:11

KUALA LUMPUR 8 Mac - MIDF Research mengunjurkan kadar penggunaan kilang penapisan Genting Plantation Bhd meningkat antara 35% hingga 40% selaras dengan pemulihan aktiviti ekonomi di peringkat global.

Katanya, kadar penggunaan untuk kilang penapisan kumpulan itu pada FY23 adalah kurang daripada 30% dan dipercayai setara dengan pesaingnya.

Firma penyelidikan itu berkata, permintaan olein kelapa sawit diluntur halus (RBD) serta Penyulingan Asid Lemak Sawit (PFAD) adalah lebih lemah disebabkan negara pengimport terutamanya syarikat penapisan dari China memilih minyak sawit mentah (MSM) dan bukan minyak sawit diproses (PPO).

Peralihan itu disebabkan oleh tebaran yang agak kecil antara harga minyak sawit RBD dan RBDPS berbanding MSM, antara AS$120 hingga AS$140.

"Akibatnya, adalah tidak menjimatkan bagi syarikat penapis luar untuk mengimport lebih banyak PPO dan ia adalah lebih menjimatkan kos untuk memperhalusinya sendiri.0

"Secara amnya, penurunan dalam terhadap permintaan itu adalah sejajar dengan aliran lemah dalam eksport PPO sektor itu yang mengalami penurunan 4% pada 2023," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

Kumpulan itu memiliki dua kilang iaitu sebuah kilang penapisan dan biodiesel yang terletak di Lahad Datu.

Katanya, kilang penapisan minyak sawit itu dilengkapi dengan kapasiti tahunan 600,000 tan dan ditubuhkan melalui kerjasama dengan Kumpulan Musim Mas, di mana Genting Plantations memegang 72% pegangan saham.

Firma penyelidikan itu mengekalkan unjuran pendapatan kumpulan itu dan menjangkakan pemulihan dalam sektor hiliran tetapi masih belum mampu memberi impak kepada pendapatannya.

"Kami mengekalkan saranan 'neutral' dengan harga sasaran (TP) RM6.10 sesaham," katanya.- DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved