Miji Cromok meninggal dunia

7 Mar 2024 • 8:56 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sumber gambar daripada Facebook Karl Cromok pada Rabu

SHAH ALAM - Bekas pemain dram kumpulan thrash metal tanah air, Tarmizi Mokhtar atau lebih dikenali Miji Cromok meninggal dunia pada Rabu.

Berita mengenai pemergian Allahyarham itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook akaun KARL Cromok pada Rabu tengah malam tadi.

"Dengan penuh kesedihan dan rasa kehilangan yang mendalam, kami ingin memberitahu bahawa Tarmizi Mokhtar (Miji Cromok) telah kembali ke rahmatullah pada 6 March 2024 jam 10.40 malam.

"Kami mengundang anda semua untuk turut serta dalam doa dan memberikan sokongan kepada keluarga Almarhum di masa kesedihan ini.

"Semoga ALLAH SWT memberikan kekuatan kepada keluarga untuk menghadapi dugaan ini dengan sabar dan reda," katanya dalam hantaran di Facebook pada Rabu.

Menurut perkongsian terbarunya, jenazah Allahyarham akan dikebumikan pada Khamis di Tanah Perkuburan Islam Lemal, Pasir Mas selepas zohor.

"Jenazah sekarang berada di Kampung Jias, Pasir Mas, Kelantan. Sembahyang jenazah di rumah.

"Kebumi selepas Zohor di Tanah Perkuburan Islam Lemal," ujarnya.

Terdahulu, Karl menerusi siaran di Facebooknya, pernah berkongsikan keadaan Allahyarhan yang menjalani rawatan di hospital akibat kanser hati tahap empat.

Allahyarham dan Karl merupakan antara anggota asal Cromok yang sama-sama menubuhkan kumpulan tersebut pada 1987.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved