
Mijia Front Load Washer Dryer Pro dilancarkan di Malaysia hari ini sebagai tambahan baharu dalam rangkaian mesin basuh Xiaomi. Ia hadir dengan kapasiti besar 12.5kg untuk basuhan dan 8kg untuk pengeringan sekaligus sesuai untuk pakaian harian serta item bersaiz besar.

Mesin ini mudah dipasang di ruang rumah dan dilengkapi panel kawalan skrin sentuh dengan sokongan pelbagai bahasa. Antara teknologi pintar termasuk Dual Auto Dosing untuk dos detergen dan pelembut automatik, Smart Wash untuk basuhan mendalam dalam 32 minit, Quick Wash hanya 12 minit serta kawalan pintar melalui aplikasi Xiaomi Home dengan AI Laundry Expert.

Ia turut menawarkan basuhan dan pengeringan wap yang mampu membunuh sehingga 99.99% bakteria dan virus. Smart Dry Control dengan sensor pintar menghentikan kitaran apabila pakaian kering bagi mengelakkan terlebih kering, manakala mod pantas pula membolehkan basuh dan kering pakaian harian dalam masa 59 minit.

Mesin ini dilengkapi dengan sistem pembersihan automatik termasuk pembersihan saluran pengering serta gasket antibakteria. Selain itu, ia mempunyai fungsi tambahan seperti Aromatherapy Wash untuk pakaian sentiasa segar tanpa bau dan Refresh Care yang membantu mengurangkan kedutan. Di Malaysia, mesin ini dijual pada harga RM3,399 namun kini ditawarkan pada harga promosi RM2,399.

