MIJIA Smart Air Purifier 6 Kini Di Malaysia Dengan Harga RM899

LocalTechnology
26 Sep 2025 • 11:46 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

MIJIA Smart Air Purifier 6 kini tersedia di Malaysia sebagai penapis udara pintar terbaharu yang direka untuk memenuhi keperluan kediaman moden. Ia dilengkapi sistem lima sensor yang mampu mengesan zarah halus PM1 dan PM2.5, habuk, suhu serta kelembapan secara masa nyata sekali gus memastikan pemantauan udara yang lebih tepat.

image is not available

Selain itu, penapis ini menggunakan sistem penapisan lima lapis yang terdiri daripada penapis utama, penapis kecekapan tinggi Xiaomi, karbon aktif, cahaya UV dan ion negatif. Gabungan ini diiklankan berkesan dalam menyingkirkan debunga, hama habuk, serta membasmi sehingga 99.99% bakteria dan virus bagi menjadikan kualiti udara lebih bersih.

image is not available

MIJIA Smart Air Purifier 6 menampilkan reka bentuk kompak dan minimalis yang sesuai untuk pelbagai ruang kediaman. Ia turut menyokong kawalan suara pintar yang mampu berfungsi dengan cekap untuk menyingkirkan bau serta bahan pencemar udara berbahaya. Di Malaysia, penapis udara ini dijual pada harga asal RM899 dan kini ditawarkan pada harga promosi RM699

View Original Article