Mijia Smart Air Purifier 6 Plus Berharga Bermula RM1499 Di Malaysia

LocalHome & Living
2 Sep 2026 • 6:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Mijia Smart Air Purifier 6 Plus turut dilancarkan di Malaysia untuk kegunaan dalam kediaman bersaiz besar. Ia menggunakan kipas berkembar dengan penapis berganda yang menghasilkan aliran udara melebihi 12,000 liter serta mampu membersihkan ruang sehingga 91m² pada kadar CADR 810m³/j. Reka bentuk moden dengan udara masuk dari tiga sisi dan keluar dari dua sisi bagi memastikan udara bersih diagihkan secara konsisten ke seluruh ruang.

Image from: Mijia Smart Air Purifier 6 Plus Berharga Bermula RM1499 Di Malaysia

Penapis udara ini turut dilengkapi modul UVC yang berfungsi mengurangkan virus, bakteria dan kulat di udara, sambil menghasilkan ion negatif untuk memberi kesegaran semula jadi di seluruh rumah. Ia menggunakan sistem penapisan lima lapisan yang terdiri daripada penapis primer, penapis kecekapan tinggi, karbon aktif, modul UVC dan ion negatif. Gabungan ini membantu menapis debu halus termasuk PM2.5 serta mengurangkan bau dan alergen seperti debunga dan bulu haiwan peliharaan.

Image from: Mijia Smart Air Purifier 6 Plus Berharga Bermula RM1499 Di Malaysia
Image from: Mijia Smart Air Purifier 6 Plus Berharga Bermula RM1499 Di Malaysia

Penapis ini dilengkapi dengan lima sensor berketepatan tinggi untuk memantau kualiti udara termasuk PM1, PM2.5, suhu dan kelembapan. Data bacaan boleh dilihat melalui skrin LCD bersaiz besar serta dipantau secara berterusan melalui aplikasi Xiaomi Home. Pengguna juga boleh mengawal penapis ini dengan mudah sama ada melalui aplikasi atau menggunakan arahan suara yang serasi dengan Alexa dan Google Assistant.

Image from: Mijia Smart Air Purifier 6 Plus Berharga Bermula RM1499 Di Malaysia

Di Malaysia, harga jualan rasmi ditetapkan pada RM1,999 diikuti dengan harga promosi RM1,499 untuk tempoh terhad.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved