Mijia Tri-Drum Washer Dryer Pro 14.5 kg Dengan Tiga Ruang Cucian Bakal Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

LocalTechnology
18 Nov 2026 • 12:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Mijia Tri-Drum Washer Dryer Pro 14.5 kg Dengan Tiga Ruang Cucian Bakal Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Mijiaq Tri-Drum Washer Dryer Pro 14.5kg menjadi antara produk yang diperkenalkan pada hari ini. Keunikan utamanya terletak pada rekaan tiga ruang cucian dalam satu unit yang membolehkan pengguna mengasingkan pakaian mengikut jenis cucian. Dua ruang kecil di bahagian atas direka untuk cucian khas seperti fabrik sensitif, manakala ruang utama berkapasiti besar digunakan untuk cucian harian.

Image from: Mijia Tri-Drum Washer Dryer Pro 14.5 kg Dengan Tiga Ruang Cucian Bakal Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Mesin basuh ini juga menggunakan saluran air berasingan bagi setiap ruang cucian bagi membolehkan pakaian dicuci tanpa bercampur. Ia turut dilengkapi teknologi Oxygen Care untuk mengurangkan kesan kotoran dan pemindahan warna serta sistem Auto-Dosing yang menyalurkan cecair pencuci secara automatik. Menurut Xiaomi, satu isian penuh boleh digunakan sehingga sebulan sebelum perlu diisi semula.

Image from: Mijia Tri-Drum Washer Dryer Pro 14.5 kg Dengan Tiga Ruang Cucian Bakal Ke Malaysia Tidak Lama Lagi
Image from: Mijia Tri-Drum Washer Dryer Pro 14.5 kg Dengan Tiga Ruang Cucian Bakal Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Mesin ini juga menawarkan mod Smart Wash selama 32 minit dan mod Quick Wash selama 12 minit untuk cucian harian. Bagi proses pengeringan, sistem pintar yang digunakan membantu memastikan pakaian dikeringkan dengan baik tanpa merosakkan fabrik. Pengguna juga boleh mengawal dan memantau mesin ini menerusi aplikasi Xiaomi Home.

Image from: Mijia Tri-Drum Washer Dryer Pro 14.5 kg Dengan Tiga Ruang Cucian Bakal Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Buat masa ini, Xiaomi masih belum mengumumkan harga jualan bagi produk tersebut. Namun begitu, jenama itu mengesahkan bahawa pelancarannya di Malaysia akan berlangsung pada tarikh yang akan diumumkan kemudian.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved