
Miki Ghazali ‘Own This Audio‘ di TikTok
Miki Ghazali Jadi Trend Di Tiktok, Tarian Entrance Muay Thai Dengan Lagu Paqueta Tular. Nama Miki Ghazali kini semakin dikenali, bukan sahaja dalam dunia Muay Thai tetapi juga di platform media sosial, khususnya TikTok.
Baru-baru ini, satu trend menarik melibatkan Miki telah mencuri perhatian ramai apabila videonya menari untuk entrance Muay Thai menggunakan lagu Paqueta menjadi tular.

Video tersebut bukan sahaja mendapat tontonan tinggi, malah turut menjadi ikutan dalam kalangan anak muda yang menjadikan lagu ini sebagai latar belakang video mereka.
Bagaimana Trend Ini Bermula?
Lagu Paqueta yang catchy serta gerakan tarian yang dilakukan oleh Miki Ghazali berjaya mencetuskan fenomena tersendiri. Dalam banyak video yang menggunakan lagu ini, terdapat komen yang mengatakan “Miki owns this audio“, seolah-olah lagu ini sudah sinonim dengan dirinya.
Fenomena ini semakin menjadi perhatian apabila ramai pengguna TikTok memuat naik video dengan konsep POV mereka apabila lawan mereka guna audio sebagai entrance, menggambarkan betapa gah dan berpengaruhnya kemunculan Miki di gelanggang Muay Thai.

Siapa Miki Ghazali?
Bagi yang belum mengenali, Miki Ghazali dari Sarawak dan merupakan seorang atlet Muay Thai yang berbakat besar. Namun, bukan hanya Miki yang hebat dalam sukan ini. Dia merupakan sebahagian daripada keluarga Ghazali yang dikenali sebagai adik-beradik Muay Thai dari Sarawak.
Tiga lagi adik-beradiknya, Jojo Ghazali, Elias Ghazali, dan Mia Ghazali, turut dikenali sebagai atlet Muay Thai yang berbakat dan sering mendapat perhatian dalam arena sukan tempur ini. Jojo Ghazali sendiri telah menewaskan beberapa lawannya dengan knockdown yang mengagumkan, menunjukkan kehebatannya dalam gelanggang. Keempat-empat mereka telah membuktikan bahawa mereka bukan calang-calang dalam dunia Muay Thai.
Dengan aura dan gaya yang tersendiri, tidak hairanlah mengapa dia kini menjadi ikon yang disegani, bukan sahaja di dalam gelanggang tetapi juga di platform digital.
Baca juga cerita menarik di bawah:
