Mikrofon ASUS ROG Carnyx Dilancarkan Dengan Lampu RGB

TechnologyDigital
9 Feb 2024 • 11:03 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Mikrofon ASUS ROG Carnyx telah dilancarkan khusus untuk penstriman permainan video. Ia mempunyai penapis bunyi terbina untuk kualiti audio lebih baik seumpama dalam studio. Selain juga menyokong kadar pensampelan rakaman sehingga 24-bit/192 KHz yang sepatutnya mampu menyediakan bunyi lebih jelas dan semula jadi.

image is not available

Selain itu terdapat tombol kawalan pelbagai fungsi disediakan untuk melaras kelantangan, bersama butang khusus untuk akses pantas menapis bunyi luar yang tidak diingini seperti batuk misalnya untuk audio lebih profesional. Mikrofon juga mudah digunakan dengan hanya menyambung ke kompiter melalui kabel USB diberikan.

image is not available

Ia juga kelihatan menonjol dengan lampu RGB terbina, yang juga disarankan penggunaannya besama perisian ASUS Aura Sync untuk tetapan lebih pelbagai. Sebagai tambahan ia juga serasi digunakan bersama Windows 10/11, serta platform MAC OS. ROG Carnyx disediakan dalam pilihan warn hitam dan putih dengan harga jualan $179.99 (~RM860).

  • Info
  • Sumber – ASUS