Mikroskop Elektron Terpantas Dunia Menangkap Pergerakan Elektron Buat Pertama Kali

WorldTechnologyDigitalSpace
22 Aug 2024 • 11:54 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Elektron bergerak pada kelajuan 7.92 juta kilometer sejam (sekitar 1% kelajuan cahaya) yang membolehkan ia mengelilingi bumi dalam masa 18 saat sahaja. Kerana kelajuan yang amat tinggi ini, saintis mempunyai masalah mengambil imej elektron bergerak walaupun menggunakan sebuah mikroskop elektron.

Penyelidik dari University of Arizona mengumumkan kejayaan membina sebuah mikroskop elektron terpantas dunia yang akhirnya berjaya menangkap imej pergerakan elektron dengan jelas buat pertama kali.

image is not available

Mikroskop elektron menggunakan pergerakan elektron untuk menjejak pergerakan zarah atom dengan nadi elektron yang ditembak setiap beberapa attosaat. Pada mikroskop yang dibangunkan oleh U of A, nadi elektron dihasilkan setiap 1 attosaat yang adalah bersamaan dengan detik pergerakan sebuah zarah elektron. Maka buat pertama kalinya pergerakan elektron dapat dirakam dengan jelas oleh saintis.

image is not available
Profesor Mohammed Hassan

Profesor Mohammed Hassan yang mengetuai pasukan penyelidik mengatakan, kejayaan menghasilkan mikroskop elektron terpantas dunia ini bakal membawa kemajuan besar dalam dunia fizik, kimia, biokejuruteraan, sains bahan dan banyak lagi.

View Original Article