Mila Jirin Terus Hubungi Nonny Nadirah Lepas Viral Video Botakkan Kepala

Entertainment
4 Jul 2024 • 7:13 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
nonny nadirah

Sebelum ini Ohmedia ada kongsikan video yang menunjukkan Nonny Nadirah membuka bajunya dan membotakkan kepalanya. Tindakan Nonny itu agak random dan sehingga kini dia masih belum memberikan sebarang penjelasan.

Rakan baik Nonny iaitu Mila Jirin bagaimanapun yakin tindakan Nonny itu pasti ada sebabnya.

Mila Jirin terus hubungi Nonny selepas video botakkan kepala viral..

Saya dah tiada kata nak katakan apa-apa. Nonny dah dewasa dan sudah boleh menilai yang baik dan mana yang buruk.

Saya yakin Nonny mesti ada sebab kenapa memuat naik video tersebut. Kali terakhir saya berhubung dengan Nonny beberapa jam lepas, she is good and she is happy.

Dalam pada itu, Mila turut sempat berkongsi idea dan kata-kata semangat kepada Nonny yang kini sibuk jalankan perniagaan atas talian.

Nonny juga sempat mempromosikan dan berkongsi pendapat tentang perniagaan online dia ‘Mataheart’ Mist Spray untuk fabrik dan rambut.

Saya berkongsi idea dengan dia dan memberikan kata-kata semangat tentang perniagaan online yang dijalankan sekarang ini. Saya yakin, ramai yang mendoakan Nonny.

Itulah gunanya bila kita ada sahabat sebab sentiasa ada di saat memerlukan dan keseorangan. Kita doakan agar Nonny sihat dan terus berusaha jadi lebih baik.

Kredit: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.