Milan 'raja' Derbi della Madonnina

WorldFootball
23 Sep 2024 • 2:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gabbia pastikan Milan keluar dari San Siro sebagai pemenang Derbi della Madonnina. Foto Agensi

image is not available
Gabbia pastikan Milan keluar dari San Siro sebagai pemenang Derbi della Madonnina. Foto Agensi

MATTEO Gabbia mengurangkan tekanan permulaan hambar gergasi Serie A, AC Milan musim ini apabila tandukannya menjelmakan kemenangan 2-1 ke atas jiran tetangga, Inter Milan dalam Derbi della Madonnina di Stadium San Siro.

Milan kendalian Paulo Fonseca sebelum itu menang sekali dalam lima perlawanan semua kejuaraan telah mencetuskan krisis kemampuan kelab bersaing pada musim ini.

Namun kemenangan kembali melonjakkan Rossoneri di kedudukan ketujuh liga dengan lapan mata hasil dua menang, dua seri dan satu tewas selepas mengharungi lima perlawanan setanding dengan Inter.

“Saya sangat gembira untuk kami, untuk penyokong-penyokong. Sejujurnya ia permulaan musim yang agak sukar apabila keadaan tidak berjalan lancar, tetapi saya percaya kemenangan ini akan memberikan kami rangsangan tenaga sebenar.

**media[2818473]**

“Adalah menjadi kewajipan kami sebagai pemain-pemain untuk memberikan segala-galanya.

Sememangnya, terdapat detik negatif dalam hidup dan dalam kerjaya, namun kami mesti memastikan bahawa tidak menyesal pada wisel penamat dan itulah yang berlaku hari ini.

“Kami sentiasa berada di sisi jurulatih, walaupun apa yang diperkatakan di luar,” kata Gabbia.

Christian Pulisic membuka jaringan untuk Milan pada minit ke-10 dengan percubaan menewaskan penjaga gol Yann Sommer.

Inter kemudian menyamakan kedudukan pada minit ke-27 menerusi rembatan Federico Dimarco sebelum tandukan minit ke-89 Gabbia melepasi jangkauan Mike Maignan buat kali kedua.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved