Miliki 12 Rekod Jenayah Lampau, 2 Lelaki Naik Motorsikal Tak Tentu Hala Di Pending Diberkas

6 Sep 2022 • 4:27 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Suspek juga dipercayai telah mencuri kabel.

Miliki 12 Rekod Jenayah Lampau, 2 Lelaki Naik Motorsikal Tak Tentu Hala Di Pending Diberkas. Semalam, tular sebuah video 2 lelaki yang menaiki motorsikal EX5 bertempiaran melarikan diri setelah melanggar sebuah kenderaan di Jalan Pending, Kuching.

Dilaporkan pihak polis kemudiannya dengan pantas memberkas dua lelaki berkenaan pada hari yang sama. Suspek juga dipercayai sedang membawa kabel curi pada waktu kejadian.

image is not available
Miliki 12 Rekod Jenayah Lampau, 2 Lelaki Naik Motorsikal Tak Tentu Hala Di Pending Diberkas

Kedua-dua suspek berusia 18 dan 26 tahun

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching Ahsmon Bajah kedua-dua suspek berusia 18 dan 26 tahun ditangkap kurang daripada 24 jam selepas video mereka tular iaitu sekitar jam 9 malam semalam.

Beliau berkata, tangkapan juga adalah susulan laporan polis berkaitan kehilangan kabel yang dibuat oleh sebuah syarikat telekomunikasi di Jalan Keranji pada hari yang sama.

Dalam masa yang sama, pihak polis telah mengesan satu video viral do Facebook menunjukkan dua lelaki menaiki motosikal yang dipercayai membawa kabel curi dan pada masa sama terdapat juga laporan daripada sebuah syraikat telekomunikasi mengenai kes kecurian kabel.

Hasil daripada siasatan telah membawa pihak polis kepada penangkapan kedua-dua suspek dan kabel yang dicuri tersebut turut dirampas.

image is not available

Mempunyai 12 rekod jenayah lampau

Beliau juga menjelaskan bahawa kedua-dua suspek masing-masing mempunyai 12 rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah dan jenayah harta benda.

Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda,” tambah beliau.

Oleh demikian, Ketua Polis Daerah Kuching Ahsmon menyeru orang ramai untuk terus menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti jenayah dengan menghubungi Pusat Kawalan IPD Kuching di talian 082-244444.

Maklumat juga boleh disalurkan di mana-mana balai polis berhampiran.

Baca lagi di sini: