Miliki Bentuk Badan Ramping Idaman Ramai, Jom Ikut Rutin Senaman Lim Jiyeon!

23 Aug 2023 • 11:25 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Sebagai seorang selebriti, Lim Ji-yeon pastinya mementingkan penampilannya.

Terbaru, Lim Ji-yeon telah tampil sebagai tetamu dalam program SBS “Disarmament”, di mana wanita itu ada berkongsi petuanya untuk menjaga bentuk badan. Jelasnya,

Saya banyak bersenam. Saya sering melakukan latihan bebanan. Saya juga bersenam untuk menghilangkan tekanan.

Meskipun sibuk dengan pelbagai aktiviti kini, Lim Ji-yeon mengaku bahawa dia akan tetap cuba untuk kekal aktif,

Pada masa ini, saya tidak mempunyai banyak masa jadi saya hanya melakukan senaman asas. Selain dari pergi ke gim, saya juga berfikir untuk berlatih tinju dan jiujitsu. Saya sentiasa memastikan diri saya aktif supaya saya tidak tambah berat badan.

image is not available

Cantik la badan Lim Ji-yeon!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.