Miliki ‘Nilai Alam’ Yang Luar Biasa, Taman Negara Niah Kini Tercalon Sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco

Local
12 Jun 2023 • 10:49 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Satu berita yang mengembirakan buat Sarawak

Miliki ‘Nilai Alam’ Yang Luar Biasa, Taman Negara Niah Kini Tercalon Sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) Zolkipli Mohamad Aton, mengumumkan bahawa dokumen yang menonjolkan keunikan dan keindahan Taman Negara Niah telah diserahkan kepada Unesco di Paris.

“Pada bulan Mac tahun ini, dokumen tersebut telah diterima dan disahkan memenuhi keperluan teknikal oleh Unesco.

Ini bermakna Taman Negara Niah telah diusulkan sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco,” katanya semasa majlis Ngabang Gawai SFC yang diadakan bersama masyarakat setempat di Taman Negara Niah pada hari sebelumnya (10 Jun).

image is not available
Miliki ‘Nilai Alam’ Yang Luar Biasa, Taman Negara Niah Kini Tercalon Sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco. Kredit: Dayak Daily

Menurut laporannya dalam Dayak Daily, beliau menjelaskan bahawa Taman Negara Niah mempunyai ‘nilai alam yang luar biasa’.

Keunikannya terletak pada penemuan arkeologi, peninggalan peradaban manusia, dan bagaimana sejarah ini berkaitan dengan kehidupan manusia pada masa kini, terutamanya bagi penduduk setempat di sekitar Niah.

Beliau juga mengungkapkan bahawa pencalonan ini akan meningkatkan usaha untuk memelihara warisan budaya dan alam sekitar.

image is not available

Dalam pada masa yang sama, dapat membuka peluang kerjasama antarabangsa untuk kajian pemuliharaan, dan memanfaatkan potensi pembangunan ekopelancongan yang dapat memberikan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk tempatan.

Oleh itu, beliau menggalakkan semua pihak untuk memberi sumbangan, menyokong, dan mempromosikan kesedaran mengenai keunikan Taman Negara Niah untuk mencapai pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco.

image is not available

Pada 30 November tahun lalu, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan (MTCP) Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, menyatakan bahawa penyerahan ‘Dossier Akhir’ akan diikuti oleh penilaian oleh badan penasihat untuk keputusan akhir oleh Jawatankuasa Warisan Dunia Unesco pada bulan Julai tahun ini, sebelum Taman Negara Niah dapat dimasukkan dalam Senarai Warisan Dunia Unesco.

Baca lagi artike menarik:

View Original Article